YA ALLAH...ape la dugaan aku kali ni..assignment bertimbun2..research lg..sijil spm aku hilang lg..pen drive aku 8GB tu kne virus,trus hilang..erghhhh..!!!! i need some spirit..!!!
Bila anda mendapat apa yang telah anda usahakan
Dan dunia menjadikan anda raja pada hari ini
Pergilah kedepan cermin dan lihat diri anda sendiri
Dan renungkan apa yang insan itu akan beritahukan?
Ia bukan lah ayah anda, ibu anda atau isteri/suami anda
Yang memutuskan anda harus lulus juga
Karena yang menghakimi pikiran hidup anda
Ialah yang sedang termenung di balik cermin itu?
Anda mungkin satu diantara mereka yang bernasip baik juga kaya
Dan berpikir anda seseorang yang hebat
Tapi yang dicermin itu katakan
Anda seseorang yang berpura-pura
Jika anda tidak mampu melihat lurus matanya dengan tegak
Anda boleh mengkatakan seluruh dunia ini bodoh
Di sepanjang hidup anda yang lalu dan
Mendapatkan tepukan di pundak anda
Bila anda berjaya
Tetapi hasil akhir anda melakukan dan menyedihkan
Bila anda telah menipu insan yang ada di dalam cermin
p/s : who's read this, try to understand n think about siape insan dlm kaca itu..1001 tersirat..
this week mggu terakhir kami, ade exam..wpon hanye 2 hari tggl..tp bg aku mmg azab la..sbb tambah dgn demam plus batuk skali..mm..jarang aku demam mase exam, kne gastrik biase lah...huehuueheuhue.. nak xnak kne berpapan paracetamol aku mkn.. tp nak wat cmne,ubat bkn lah leh wat kte sembuh accept dgn izin DIA..huhuhu.. :) mse exam ok lah..da balik umah.. temperature aku mmg high la.. terus baring n ICP aku mmg naik..haha..penin kpale lain mcm..
Da tuh.. skarng ni, sakit tekak plak dtg.. adoyai~ terliur:? aku tgk org lain minum ais... sbo je la.. n now cuti for few days n focus kan pd resume aku yg tergendale dri mggu lpas..gmbar passport nyer, xtgkp lg.. byk lg photocopy yg aku xbuat.. adoyai! pemalas btul aku ni.. mcne nak mntak keje ni.. :/
next week i'll prepare for my final semestar. dgr kate mmg byk bnde kne buat.. researh la,itu la.. ntah mcm ne keadaan aku nnti..huhuhu.. :I
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
sayang.. maaf kan ku jika aku masih tak dapat lupakan mu sayang.. maafkan ku jika aku masih menyayangi mu sayang.. maafkan ku jika aku merindui mu
pergilah sayang.. jika itu yang membuatkan kau bahagia pergilah sayang.. jika itu yg kau mahu pergilah sayang.. semoga kau bahagia kan ku doakan..
ku tau bukan mudah perjalanan hidup mu ku tau kau sudah lupakan ku ku tau kau sudah tidak menyayangi ku ku tau kau sudah tidak ingin kan ku
tp aku... tidak pernah lupakan mu walau sesaat tp aku.. masih menyayangimu tapi aku.. masih merinduimu
di kiri ku berkata.. pergilah.. di kanan ku berkata.. temanilah dia
tapi aku punya hati.. yang perlu dijaga yang perlu disayangi perlu dihormati
maafkan kan ku,sayang.. jika aku masih mengingatimu aku gagal berilah aku sedikit masa, untuk aku lupakan segala kenangan kita akanku cuba sedaya upaya seperti kau yang kukuh di tempat mu tanpa perlu rasa takut akan kehilangan ku korban kan segala perasaan ku ini demi sebuah kebahagiaan mu.. aku redha dengan ketentuan ILAHI..
emmm...ntah knp,ak rase diri aku ni..mmg la terAMAT bosan..kadang2 tu..aku smpi menangis memikirkan nasib aku ni..smpi kan aku pkr..seolah2 diriku ni pnye SIAL..haihh..jahatnye aku..mgkin inilah ketentuan takdir aku yg aku patut trime..hati aku ni,kerap kali bertanye2..ntah ape yg die tnye pon..aku pon xtau..kepale aku ni,ligat memikirkan sstu..tp aku xtau ape yg aku..bodoh kan..?? haha..btul atau x aku ni pon..aku xtau..
aku da cbe enjoy dgn bnde d sekeliing aku..tp,ble blikk umah..perkare yg sme akan berlaku kat dri aku..sunyi ker?? ntah la..hanye ALLAH yg lbh mengetahui..sony ericson c510 bg aku,mcm da xbergune lg..ntah celah mane aku letak..da xpnting dunie2 tu..kedai top up yg slalu aku pegi pon,da jarang sgt. haih~ nasib2..
life like a wheel,sumetimes goes up..n sumetimes goes down..n we dunt know,when the wheel will stop..huhuhu..pndai jgk aku ni kan..haha..:D itu lah,pglaman idup aku selame 21 tahun aku idup kat ats bumi ALLAH ni..sejauh mane kte jln,sejauh mane kte lari..kte tetap xkan lari dgn paksi nyer..qada dan qadar itu lah kne trime..
kadang2 kte terlepas pndang org d sekeliling yg baik dgn kte,sbb manusie tak terlepas dgn fitrah mncri keburukan org (mcm aku jgk..hehehe..) kdng2 kte terpakse berkorban demi org yg kte syg..kdng2 jgk kte byk mnjage hati org,smpi kan org mnyakiti hati kte,kte xsedar...mmm..xpelah wahai kwn2 ku..anggap la sesuatu bnde tu,ujian yg kte xmintak dan penglaman mendewesakan kepale otak masing2..hehehe..;)
a week ago,aku lps bercuti ngn akak n makcik aku..jgn slh sgke plak..yg itu mmg makcik aku...sbb ramai igt yg tu mak aku..hehee...that's my auntie la..die da lah yg jge aku since abg aku yg sulung lahir lg..huhuhu..so,ni lah aku dpt share kan kt korng2 sumer..mmg best wokkk! wpon g 3org sjer..heheeee..;)
ini lah 1st post aku..aku bosan2..aku wujudkan lah laman ni..blog ni bkn la utk pe2sgt..just ruangan utk aku luah kan ape yg pikir..itu hajer...ok2..;)