Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau akan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari erti cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu
ku terus langkahku
mengejar bayang-bayangmu
sinarkan bercahaya dari matamu
inginku temu cinta tuk mengisi ruang hatiku
takkan pernah ku berhenti mencari
akan ku jumpa by nadia aqilah
lagu ni bagi aku best jgk, like the tone n maksud lirik tuh..
OST syurgamu ramadan, mmg terbaik la citer tuh.. :)
Tuesday, August 31, 2010
Sunday, August 29, 2010
haih~ zati..zati..
bila aku bukak mate je,aku tengok kawan-kawan di depan mata aku..aku pelik,aik! knpe ni?? ape sebenarnye yg da jadi ni..mereke tersenyum kat aku..aku binggung..knpe dia bwk aku kat tmpt mcm ni..agak romantik! aku kaku~ aku memandang keliling aku,semua kawan-kawan aku..hmm..tibe2 dari belakang muncul si dia.. dgn membawa jambangan bunga dan duduk berlutut. aku tergamam! masih tdk phm ape yg sebenarnye yg berlaku.. ''zati bersaksi kan semua orang yg ade d cni..sudikah zati menjadi teman sehidup semati saya?? '' tertelan air liur,betul ke apa yg aku dengar ni..?? aku melihat wajahnya,penuh dengan harapan.Aku memandang keliling, kawan-kawanku sedang tersenyum.. aku faham apa maknanye sekarang.. mata aku dangannya kembali bertaut,aku melihat matanya yang penuh harapan, seolah berharap sesuatu yg baik..aku memandang keadaan disekeliling aku.. di penuhi dengan cahaya yang malap. sunyi! tapi aku dapat rase kan di kesunyian itu, ada jawapan yang tersendiri. Kini dia sedang berada di depan mateku, dengan jambangan bunge dan....baru aku perasan di celah-celah bunge itu ada sebentuk cincin bertahtahkan berlian halus. cantik! kini jawapan bergantung padaku. Aku hadiahkan sebaris senyuman, aku tidak dapat menahan apa yg sedang berlaku ini, aku merasekan aku terlalu bahagia kini, aku menangis bahagia di situ juga.. dan aku menberi jawapan ''ya..'' lalu aku menyambut huluran bunga dan cincin itu dan aku melihat dia tersenyum bahagia. aku menangis..kerana terase aku disayangi dan dia telah membuktikan yg dia betul menyayangi dan cintakan aku, tiada orang lain... kawan-kawanku yang lain tersenyum dan aku melihat mereka gembira dengan keputusanku.. Dia memandangku sambil mengusap airmataku, kemudian menyium ubun-ubunku.. ''terima kasih kerana boleh menerima dan membahagiakan zatie..'' itulah kata-kata yang aku mampu ucapkan.
''zati!! bangun..da pukul berapa ni..!''
aku terkejut..aku memandang sekeliling. eh! mane bunge?? cincin?? aku kat mane ni..?? aku blur seketika.. aduhhh..mimpi ke aku.. hishh..mak ni..kalo iye pon..bagi lah sampai aku kawin ade anak baru kejut aku...kacau lah...hmmm.. aku tesenyum sekejap..kalau mimpi aku tu betul2 ok jgk kan..?? wah..! mesti bahagia gilak! tapi..dengan siapa?? hmm.. hai~ berangan lah kau ni zati! sampai bila kau nak macam ni pon tak tahu..hmm~ best jugak mimpi tadi..hehe.. ntah bila la kan..Dalam klas pon aku boleh senyum sorang-sorang, berangan tak abis abis! macam mane la nak fokus! haih~ zati..zati...
Friday, August 20, 2010
motivation
Wahai sahabatku, untuk berubah antara perkara yang kamu perlu korbankan ialah perasaan kamu. Adakala kamu berasa pedih, penat, malu, bergelora, perit dan putus asa... genggamlah tanganmu wahai sahabat, ayuh kita mara ke hadapan, yakini Allah sangat menyayangi dirimu..
sumber ; iluvislam.com/
Tuesday, August 17, 2010
aku boring
aku bosan..aku pon mmg seorang yg bosan,kalo orang kawan ngn aku mesti bosan gak..haih~ cuti yg memang membosan kan..ntah! boring la..tade ape nak wat..baju sudah ku basuh n sidai, umah sudah disapu n mop, ntah kenapa aku tibe2 rajin yang amat..kalo akak aku tgk mau mati terkejut die! hmm.. hp?? dr td xbebunyi pon.. lgpon nak mesej sape pon.. majalah ujang aku beli semalam, tak terusik pun.. mcm malas nak menyelak nye.. masakkk?? hmmm..idea gak tuh! tp sayang~ xde mood ! pose2 ni..suruh mak aku bli je la... kan best kalo umah aku ni de orang gaji.. pehhh~ mmg syoorga dunie la..bkn takat aku suruh masak, kemas bilik aku yg mcm tmpt kitar semule tu pon bleh! masuk bilik je da mcm cter cinderellahh! kemas gitu..hmm~ exam?? next week!! giler ahh.. kalo lah otak aku genius mcm adik Adi tuh, sah sah! xpayah g sekolah blaja..haha.. hmm~ xde mood nak refersh balik otak aku yg sedie beku ni.. mane semangat aku pon ntah,aku pon xtau. hang outs?? nak kuar ngn sape je enn.. sume sibuk.. ajak buke ade yg da serah diri dlu..hehe.. haih~ FB?? tade ape pon yg menarik perhatian aku kat ctu.. xde geng kopi aku..kalu tak.. mmg lekat kat lappy 24 jam. gelak2 sakan. sampai nk pecah perut! hmm~ balik pade yg asal...bosannnnnn.. xde semangat nak wat bnde2 tu sume..
Monday, August 16, 2010
jika itu mimpiku..
Pabila terjaga dari tidur, aku sedar smua itu hanyalah mimpi, mimpi yang paling indah dan manis dalam hidupku, aku mengelamun seketika dan berharap mimpi itu adalah realiti, realiti yang aku sedar tak kan mugkin terjadi. Alangkah bagusnya aku tidak tersedar dari tidur dan terus hidup dalam mimpi itu.
Sunday, August 15, 2010
renungkanlah.. :)
......they say past is past. we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future......
i copy this,from 1 of FB user..agak menarik.. renungkan lah.. :)
Monday, August 9, 2010
hang outzz!
sekejapan saja aku rasa nak abis praktikal aku,lagi 1 minggu..huhu..n nak masuk puase plak..rase byk bnde sem ni aku blaja..wpun aku ase sem ni lah paling byk aku wat jahat..heheehe.. Tak sah kalo ssorng pelajar tu wat jahat! mcm aku! ehehe.. tp asal kan jgn menjejaskan mase depan aku suda. Ape yang jahat??? erk~ biarlah aku je yang tahu.. :)) weekend aritu aku hang out ngn dak2 ni.. da lme kot x together, except ekin je yg xde. kalo die ade mau pecah ikea tu..! hehe. lets go~!
tak sah kalu x snap dalam kete!
sebelum meneruskan perjalanan kami, we eat first! memasing tgh lapo nih
taraa~! ini lah lunch kami..huhu
one of sudut bedrooms yg kami suke :)
dreams of us!
mmg best la kalo naek boyan ni.. :)
tu je yg sempat ktorng capture. selebih nye kat FB . :)
SELAMAT BERPUASE ~ ! :))
Saturday, August 7, 2010
redha dgn ujian Nya
Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 12) Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45) Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111) Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129) Ya Allah...berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 12) Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45) Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111) Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129) Ya Allah...berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)
sumber - iluvislam.com// :)
Subscribe to:
Posts (Atom)