Sisa ayam tadi yang tidakku habiskan aku bagi kucing-kucing aku yang memang dari tertunggu makanan dari tuannya. ''Makan lah, kau lebih perlukan makanan ni dari aku.." monolog aku sorang-sorang dalam hati.Kalau nak ikutkan hati aku, aku memang malas nak makan, tapi aku pikirkan perut aku yang dari berbunyi tak habis-habis minta di isi.
Kenapa lah dengan kau ni zati, asyik berkurung dalam bilik seharian, bila semua orang tidur baru kau nampak kan muka kau, kau tak kesian kat mak abah kau ke? akak kau? ''maafkan aku..aku perlukan sedikit masa untuk diri aku.." sambil air jernih mengalir di mataku.
''Ya Allah.. apa lagi ujian mu ini.. aku da tak larat ya Allah..sungguh! bawa lah aku jauh dari semua ini, sesungguhnya aku tidak kekuatan untuk aku lalui ni semua..hati aku tak larat Ya Allah..'' rintih hatiku..
Hujan di luar seolah-olah mengerti apa yang aku rasai. Semangatku hilang. Sampai bila aku mahu begini.
Aku rasa kebahagiaan, ketawa aku tiba-tiba hilang bagaikan diragut. Aku hilang dalam bahagia.
Ya Allah kau bagilah secebis harapan untuk aku teruskan hidup ini, tanpa rasa kecewa yang teramat sangat.
Sesungguhnya aku hanya nampak yang tersurat, semua yang tersirat didalam alam mu.
Kau tak boleh macam ini zati! kau kene kuat! jangan tunjukkan yang kau kalah! tunjukkan yang kau boleh hidup bahagia suatu hari nanti! kurniakan lah hati yg kuat Ya Allah...
while listening nora - secebis harapan