Sunday, June 27, 2010

hanya padaMU..

aku mencintai KAU

tetapi kenapa aku lebih mencintai manusie??

alangkah bagusnya kalau aku lebih mencintai KAU..

mesti hidup aku tenang..setenang air di laut... 

sebab aku tahu KAU sayangkan aku,seperti hambaMU yang lain

alangkah bagusnya kalau aku mengejar akhiratMU..
aku lemah..aku hina..aku takut padaMU

KAU bimbinglah aku..

KAU kuatkan lah iman aku..

untuk aku terus bertawaduk denganMU

mencari keredhaanMU...

YA ALLAH..

amin...



thinking..

dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu dahulu....

> thanks to mohd haifal :)

Tuesday, June 15, 2010

betul ker..??


Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. 

Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.


*aku cbe untuk terima. amin.*

20 tahun 8 bulan

Nurul 'Izzati Harun..itulah nama aku yang aku mak aku sendiri tak tahu siapa yang berikan. Mak aku kata, itu arwah atuk aku yang kasikan..hmm...maksud nya, ''kemuliaanku dan kekuatanku'' bagus jugak kan maksudnya. Sejak kecil, aku memang menetap kat serdang tercinta tu! tanah kelahiran aku. dari aku kecik,nak dikatakan aku ni manja, tak lah sangat kot,cume aku anak bongsu,jadi persepsi orang

''oh..anak bongsu,mesti manja ni..''

blergghhh!! naik bosan aku dengar...! semua orang manja dengan parents diorang,ok! so,its not specific! Alhamdulillah, zaman kanak-kanak aku penuh dengan keceriaan! tak banyak masalah kat sekolah,cume otak aku ni agak lembap sikit, hehehe.. Aku sudah didik pergi ke kelas tuisyen sejak darjah 6 lagi, agaknya abah aku memang tahu,yang anak seorang ni, agak lembap..hahaha..! sampai lah aku ke tingkatan 5. Kelas tuisyen memang every year, sampai aku dah naik bosan dengan semua tuh. Pernah sekali aku terfikir aku nak ponteng je, tapi niat tu tak pernah tercapai pun, mungkin sejak dulu aku paling takut dekat  abah aku.

Zaman remaja, lagi terbaik! walaupun aku bukan lah dikalangan budak-budak yang famous! ataupun budak- budak yang bermasalah..tapi aku gembira dengan kehidupan aku masa itu. Di situ lah terjalin nya persahabatan aku. Alhamdulillah, aku dapat kawan kawan yang baik tapi ada jugak seorang dua yang talam bermuka, mungkin itulah, kehidupan sebenarnya..Tiada siapa yang sempurna. Masa di zaman ini lah jugak, aku masih terkial kial mencari identiti aku. Aku masih tidak tahu, apa itu kebaikan dan apa itu kelemahan?? aku masih memberontak! Aku masih tidak tahu apa itu penghargaan, apa itu penilain terhadap seseorang itu. Aku tidak matang,sungguh! tapi kat sini bukan lah aku nak cakap yang aku ni matang taklah.. Aku nak merungkai kehidupan aku selama 20 tahun 8 bulan ini.

 ''hm..kau dalam hal hal macam ni, kau agak matang..''

Aku hanya tersenyum, dari sudut matang apa, aku tak tahu..ehehe..biarlah orang menilai aku. Bagi aku, ada sesetengah bende je aku agak boleh berfikir, tapi yang selain nya aku masih belajar dan memerlukan seseorang untuk bimbing aku. Aku masih lagi di marah oleh mak dengan abah aku, sebab masih tak boleh berfikir, masih lagi pemalas! hehehe..

Aku memejam mata aku, tiba-tiba teringat sesuatu yang pernah indah suatu ketika dahulu. Ingatan aku kembali pada nya. Aku tersenyum sendiri. Suatu pekenalan yang tidak pernah di rancang,suatu perasaan yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Detik - detik perkenalan yang aku tak akan luput dalam ingatan aku sampai bila - bila. Terlalu banyak memori antara aku dan dia. Manis, suka, duka, kecewe, susah, senang, aku lalui bersamanya, walaupun perhubungan kami agak singkat. Aku leka, yang kehidupan ini ada pasang surutnya.

Secara tidak sedar,airmata aku jatuh. Perasaan aku bertukar benci! aku ditinggalkan.. aku benci diperlakukan begitu! aku sedih,kecewa.. Hatiku hanya merintih sedih. Yang ada hanye la kawan-kawanku yang menaikkan semangat aku.. terima kasih! aku sayang korang!  Oh sakit nya hati ini Ya Allah.. kenapa Kau jadikan alasan itu sebagai perpisahan aku dan dia, aku tak kuat Ya Allah..hanya Kau yang mampu faham perasaan aku ini.. aku redha kalau inilah jalan takdir aku,jika ini yang tertulis sejak azali lagi..aku terima Ya Allah..tapi Kau bagi lah sedikit ketabahan di hati aku ini,sedikit ruang untuk aku bernafas di bumi mu ini Ya Allah.. dan Alhamdulillah, aku bersyukur Dia masih sayang kan aku seperti hamba Nya yang lain. Walau hati aku masih kuat untuk dia, walau aku masih percaya dia masih sayang kan aku..aku hanya doakan yang terbaik. Aku korbankan semua. Ya! aku masih cintakan dia lagi.

''zati,kau jangan jadi bodoh lah! ''

Biarlah orang diluar pemanggil aku bodoh! selagi hati aku ini tak di miliki oleh siapa-siapa, doa-doa aku masih untuk dia.. Tetapi...jika hati aku sudah dicuri, aku mintak maaf

''abang,ati mintak maaf kalau hati ati da ade orang lain..''

Aku hanya mampu menangis. Aku tidak berharap jika aku hidup untuk dia. Biarlah masa tentukan.

''zati, sabarlah..ade untuk kau nanti..''
''kau nak tak ?? aku boleh kenalkan kat kau??''
''zati, aku harap kau kuat kan lah..mungkin ada yang lebih baik yang tengah tunggu kau..''
'' itu lah kau..kau kene mulakan dulu..ala..zaman sekarang perigi cari timba...''
'' aku harap kau tabah lah zati...''

Telinga aku dah naik bius dengar benda ini semua.. Betul lah orang cakap.. Orang hanya mampu bercakap dan melihat , tapi diri sendiri yang merasai nya. Bukan lah aku tak nak dengar apa yang diorang cakap kan ini, cume aku da lali, biarlah apa yang terjadi kat diri aku sekarang ni aku lebih suka pendam. Bukan aku tidak sabar, tapi aku ada perasaan aku sendiri. Aku tidak gelojoh dalam mencari jodoh aku, kalo aku gelojoh suda lama aku ketepikan maruah aku,untuk dapatkan apa yang aku nak. Hei! aku masih banyak lagi komitmen yang harus aku pikirkan. Tapi aku sebagai manusia, penuh dengan sifat cemburu, dan itu adalah kelemahan aku. Aku selalu mengingat kan diri aku ajal,mati,rezeki dan jodoh itu semua dah ditentukan. Aku hanya manusia, yang tidak ada kuasa menolak kuasa Tuhan. Mungkin itu sudah rezeki mereka, rezeki aku?? Wallahuallam... Aku percaya Qada Qadar itu. Orang luar nak cakap apa, aku dah tak kisah. Tetapi aku masih perlukan keluarga dan kawan kawan aku lagi. Masih lagi jinak untuk hidup,masih lagi memerlukan pendapat dari mereka, cuma terkadang aku lebih suka menyendiri. Terima kasih kawan kawan! aku tak kan lupakan apa yang korang cakap kan, aku jadi kan benih benih semangat aku,untuk terus hidup.

Di suatu sudut tingkap, aku termenung jauh. Tersenyum sendirian., membayangkan sesuatu yang indah bagi aku. Fikiranku ligat memutar sesuatu yang indah. Jauh sudut hati aku., aku berharap kisah aku berakhir seperti di dalam cerita-cerita novel, cinderella story, korean drama, Oh bestnya!

''zati..haa..mula lah tu,berangan kau,da sampai ke mane tuh..??''

hmm..itu lah kelemahan aku paling ketara, seumur hidup aku 20 tahun 8 bulan ni. kuat berangan! Tapi bagi aku salah ke? bukan kuat sangat pon, ala2 kadar je..saja nak hiburkan hati aku ni hehe..Terkadang aku mimpikan sesuatu yang indah,untuk menutup suatu keresahan di hati aku. Aku impikan seperti aku di dalam sebuah cerita, yang tidak tahu hujung pangkal nya. masih lagi tertanya tanya. Apabila hero nya melamar aku di khalayak ramai, membuktikan yang dia betul- betul cintakan aku, sanggup mati demi aku, hahaaha... klaka kan., tapi itu lah hakikat nya.

Hmmm..kembali ke alam realiti, aku tetap di sini juga, meneruskan kehidupan aku seperti manusia biasa. Cerita dongeng tak akan mungkin akan masuk ke alam realiti, tapi manusia selalu menfantasikan. Itulah kehidupan, sejauh mane kita lari, ia tetap berjumpa kembali, setinggi mane kita bermimpi, ingatlah kita masih berpegang pada yang SATU.

Kita yang mencorak kehidupan, kita jugak menentukan hala tuju kita, tapi ingatlah segala ketentuan adalah dari Dia. Aku bersyukur, kerana disebalik kekecewaan aku ini, aku di kelilingi keluarga dan kawan kawan aku yang masih boleh mengembira kan aku, yang boleh menutup kedukaan hati aku.

Kepada keluarga aku, maafkan aku kalau aku tak boleh membanggakan mak dan abah aku, tapi aku akan cuba yang  terbaik, aku tahu sumbangan aku dalam keluarga ini tidak begitu besar, tapi jauh sudut hati aku, aku teramat sayang keluarga aku, walaupun memag tersangat malas! ehehe..

Kepada kawan kawan aku, korang memang banyak membantu aku dalam menceriakan hidup aku, terima kasih! aku tak kan lupakan jasa2 korang semua. Segala nasihat yang korang, akan ku pegang. InsyaAllah, aku akan cuba jadi kawan yang terbaik.

Kepada seseorang yang pernah aku sayangi, aku sentiasa doakan kau, kalau kau membace cerita ini,janganlah kau salah sangka kepada aku. Aku masih menyayangimu seperti dulu,walaupun aku tahu kau sudah bahagia dengan si dia, cuma hati ini masih lagi tiada siapa yang punya, hati ini hanya untuk kau, tetapi jika hati aku sudah dimiliki oleh orang lain, aku mintak maaf. Aku cuba untuk lupakan semua kenangan kita. Maaf.

Sunday, June 13, 2010

bila cinta pergi dariku...


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku

  Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
  Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap 
kenangan tentangmu
yang ku dapat 
hanyalah bayangmu
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


*aku benci ksu!.*

Saturday, June 12, 2010

snap,snap n snap!

a week ago..holiday sgguh besttt!! aku mmg manfaat gler la...hehe..byk sgt gamba..yg paling best,dpt jumpe yunaaa!! hehehe...
 coklat fair~ terbaek..!!
nyum~nyum~!

youth '10 festival at PWTC..
 taraaa~~ ehehe..syok woohh..
 serius! this pic r really funny..!! haha.. undi if win dpt 5ribu tuh.. ;P

ni lah poster nyer,dpt signature lagi..!! oh..tu aqi,kwn bru kami..~~ ;)
at sepang gold cost!! ntah cmne leh sesat sne..cikin xdpt mase ni..so,mmg terbantut la rongeng ktorng..pape pon..klas gitu~~!!

at the beach..;)
 go green..!!
 kat pasar mlm pon kami leh snap! haha..! tu twist potato..sedap! tp agak manis..

mid! jalan2...
world of toy story ..!!

the new me..!! 
 that's a activity during my holiday..mmg syok! bleh lupakan masalah..!! thanks a lot,friends! sayang korng sume!! actually there are some more pic.tp bia la..da terlalu byk sgt da ni..ni pon aku cilok kat pix.member2 aku..mcm mls nak ngedit..so,alang2 seluk pekasam enn..thanks kat fana, n tipah..all pic.r from they..only some a few pic r from me..!! n now,i'm busy with my praktical until aug.then exam..yes! nak abis da..insyaAllah end of this year..pray for me ya..!!



*this is time to me,forgetting u...*