Wednesday, October 13, 2010

karut mengarut!

''Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,pergilah ke mana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melalukan semua perkara yang ingin anda lakukan''

quote dari kawan aku, dia kata ni ex dia kasi..agak banyak jugak la petikan,tapi ini lah yang menarik minat aku.. hehe.. terase ingin terjurai air mata aku ini.. entah kenapa,aku sendiri  tak pasti, Kisah silam aku sentiasa berlegar di fikiran aku, tak jemu-jemu plak tuh. 

mesti dia tengah bahagia seperti orang lain,dapat berkongsi masalah, menemani mereka di kala sunyi.. okay aku nangis lagi! hahaha..orang dah taknak aku lagi.. sambil mengesat airmatanya adoii! zati zati zati...

enough la zati! kuat semangat kau! banyak benda lagi kau kena fikirkan..!! Tu mak bapak kau tu, harapan dia lagi besar nak tengok kau berjaya! 

ingat, susah,kecewe dulu tak pe.. Insyaallah,dengan izinNya kau aku akan dapat balasan terbaik, di atas kesabaran kau! 

tapi...dalam kepala otak aku ni jgk ada selit-selit lalang, yang mengatakan...'' cari je yang lain zati oiii..'' hehehe..