walaupun mulut aku berkata benci
walaupun di akhir - akhir mesej aku berkata perpisahan
walaupun di akhir perjumpaan aku berkata inilah kali terakhir
walaupun di akhir talian aku masih berkata,inilah terakhir !
tetapi hati aku masih menyayangi
tetapi aku tak inginkan perpisahan
tetapi aku ingin pertemuan seterusnya
tetapi aku ingin ucapan sayang dia hujung talian
hati aku seolah - olah tersekat untuk terus mencintainya
kakiku ini seperti di gari,pabila dia pergi
hati ini sungguh ingin dia menemani diriku sampai akhir nafas ini
kakiku ini terasa ingin mengejarnya
rindu ingin bermanja dengannya
rindu ingin mencipta kenangan bersama dengannya
oh dugaan hati ini
hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui
aku hanya kaku melihatnya
bertemankan airmata
pabila aku rindukannya
hanya kenangan yang menemani aku kini
tersenyum dan menangis
No comments:
Post a Comment